Friday 30 November 2012

BEIJING CHINA... 2012 PART 1

BEIJING CHINA

Syukur alhamdullillah akhirnya impian menjadi nyata.. Jauh perjalanan luas pengalaman.. Februari 2012 tarikh keramat bagi aku.. al maklumlah first time dapat pergi oversea paling jauh sekali iaitu CHINA... Kami bertolak dari KLIA jam 11pm kalau tak salah.. lupa dah hehehe.. selama 8 jam dalam penerbangan.. nak lelap pun mata tak nak lelap sangat.. Al maklumlah tak sabar2 nak jejak kaki di bumi china nih... flight kami kali ni menggunakan khimat China Airline.. dalam hati agak takut gak.. bila google sblm2 ni mcm2 kemalangan melibatkan China Airline.. tp alhamdullillah semuanya selamat... Sampai di China jam 6am.. ingat nak pakai baju tebal bila keluar dari airport tp masyaALLAH tak sempat.. keluar je dari pintu kapal terbang rasa beku sebelah kaki dan mulut mula berasap2... Untuk pengetahuan semua aku gi time musim sejuk hehehehe ini la padahnya tak pernah rasa sejuk sekali dpt mak aiiiiiiiiiii tuhan je yang tahu mcm mana gigilnye...


Beijing International Airport

Sesampai je kami kat Airport ada seorang minah ni tengah tunggu kami sambil pegang nama shuhada.. shuhada ni student kami yang menguruskan rombongan ke Beijing... Selepas kami sampai.. kami di bw ke bas yang menjadi pengangkutan utama kami di Beijing...




Permandangan pertama aku di Beijing... Tepuk2 pipi adeiii sakit hahahahahaha... real ni bukan mimpi.. aku dah sampai....

Tempat pertama kami kunjungi ialah di Summer Palace... tempat ni mmg best giler... tasik pun beku time ni... masa ni kami semua kena jogging la sikit sbb tak tahan sejuk.. sejuk hingga ke tulang itam huhuhuhu






Senyum palsu ni.. bibir pun dah naik beku hehehehe...



Ada macam pokok ni tak?



Kalau dah sejuk2 ni.. confirm la rasa lapar tahap gaban hehehe.. so kami pun dibawa ke sebuah restoran halal untuk menjamu selera.. walaupun lauk2nye ada yang biasa terdapat di Malaysia.. dan ada yang baru kami nak rasa.. apa yg penting mmg sedap dan akhirnya licin hahahahahaha..



Alhamdullillah kenyang dah hehehehe.. lepas kenyang kami di bawa ke masjid untuk menunaikan solat zohor 



Masjid ni memang besar.. Keselesaan boleh tahan la.. 



Lepas solat kami di bawa ke kilang sutera.. nilah telur ulat sutera tu.. gelikan eeeeee... tu bukan roti canai tau hahahaha tu la sutera yang telah di buka dari telur ulat sutera... taraaaaaa



Ada nampak macam orang sana tak hahahahaha


Kami terus di bawa ke Forbidden City... Kami rasa terkejut sebab orang2 cina dekat sana macam tak pernah melihat kami orang Malaysia datang.. Semua merenung dan senyum2 kat kami semua.. Paling tak tahan dorang siap ambik gambar kami.. Dah mcam artis masa tu.. tourist guide kami kata mmg orang2 di China suka melihat orang Malaysia... sebab2nye perbezaan wajah dan mata kita.. mereka kata wajah orang Malaysia cantik sbb ada kelopak mata berbeza dengan mereka.. Wah time tu aku agk sedikit kembang kempis hidung hahahahaha....


Kami di bawa ke tempat buang duit hahaha (Super Market barang2 berjenama)... Pada yang tak mahu suping2 tu bertekad mencari makanan sampingan konon2 minum petang la.. jalan2 cari kedai makan HALAL... Akhirya kami jumpa kedai mee sup buatan tangan sendiri... kami dapat melihat cara2 mee ini dibuat secara manual tanpa menggunakan sebarang mesin.. menakjubkan hehehe... tengok je mee ni tak putus.. sedap dan panas.. sesuai di makan ketika sejuk.. betullah kata orang kalau sejuk ni perut asyik minta di isi je huhuhuhu.. Tapi yang pelik di sini.. kedai ini tidak menyediakan minuman.. so kalau nak minum kena la bawa air sendiri la ye hehehehehe 


Inilah kedai yang kami makan (mee sup terbaik)


Petang tu juga tourist guide membawa kami ke Peking Opera... di mana pertunjukan opera cina.. Acara wajib bagi pelancong untuk melihat pertunjukan ini...

so

Hari pertama pun dah tamat... kita akan ke Part 2 lak nanti ekkk hari ke dua aku di BEIJING...

KOTA SINGA JOM SINGAPORE 2011 & 2012

TIME TO SINGAPORE

Wachaaaa haaa... kali ni kita nak ke Oversea gak tp dekat je tau.... SINGAPORE
Kali ni aku dan kengkawan travel menggunakan kereta je ke sana atas sebab2 nak bajet hehehehe... Kami bertolak dari Nilai ke Johor selepas waktu kerja iaitu jam 6 petang...
So sampai je ke Johor Bahru dalam jam 1 pagi.. Agak lewat sikit gara2 hujan yang agak lebat... so banyak la tempat yang kena berenti dulu... take a break 
So ke esokkan harinya kami bangun seawal pagi untuk bertolak ke Singapore menaiki teksi ke perhentian bas... Sampai je sana kami terus ke kastam malaysia dulu untuk urusan passport... selesai kami pun berlari2 menuju ke bas untuk ke destinasi yang kami nak pergi iaitu:


Universal Studio Singapore


Ini station bus singapore yang ingin ke Pulau Sentosa.. 963R ni la nak ke Pulau Sentosa.. USS ni dekat pulau sentosa... Perjalanan menggunakan bas ni mengambil masa 30 minit sahaja kalau tak jem hehehehe


Muka ada senyum punye hehehe weeeeeeeeeeee kami dah sampai ke USS.. mcm dalam mimpi je dah jejak kaki kat sana... dup dap dup dap cam mana la rupa USS ni kat dalam dia ekkkk....






Ini semua tempat2 kami lawati.. banyak lagi ni tp ni je dpt di upload.... Tempat ni besar gila bnyk tmpt aku tak dpt nak masuk... so sematkan dalam hati nak pergi lagi untuk tahun hadapan kalau ada rezeki... Tak kira nak gak pergi USS

SINGAPORE LAGI 2012

Ini yang kali ke dua aku datang ke Singapore.. tapi kali ni bkn datang naik bas... Kali ni aku datang naik flight hehehehe.. Alhamdullillah wish aku trmkbul hehehe dpt aku datang untuk kali ke dua....


Taraaaa saya datang lagi untuk tahun 2012 pula.. kali ni aku datang dengan dua orang bos aku dan kak ros... kali ni berbeza sikit.. sbb dulu datang time slim sikit tp skrg dah timbun balik hahahahahaha...


Wajah happy je deme ni.. hehehe cuaca amat baik ari tu.. ramai pulak orang kali ni.. laaa rupanya aku gi time cuti sekolah.. abis laaaaa 


Kak ros pantang nampak kereta bumble bee terus dia bergambar... Masa tahun lepas transformers ni tak ada.. so agak teruja la aku ngan kengkawan nak masuk... 



Kali ke dua ni kami masuk dari pagi dan balik malam... gila tak gila kami berjalan tanpa berhenti hehehehe rasa kurus dah time ni.. lebih dari seribu langkah dah ni.... Ada lagi yang belum dpt masuk atas sbb orang terlalu ramai... nak masuk satu tempat kena ambik masa lama untuk beratur... so di nasihatkan kalau nak ke USS jangan pergi time cuti sekolah huhuhuhu mmg membuang masa untuk beratur je.... adakah ada ruang untuk melawat kali ke 3 hehehehe... InsyaALLAH tahun hadapan 2013

LABUAN 2009

Kali ni kita terbang ke LABUAN... aku gi sana saje suke2 je sbb first time nak pergi area Sabah... Aku pergi 4 orang je.. Aku, kak teh (my sis), kwn my sis dan osmet aku ayeen.. Masa ni masing2 baru nak belajar naik flight sendiri.. sblm ni ikut org je.. tau2 dah flight je.. kali ni buat sendiri hehehe alhamdullillah selamat sampai kami ke Labuan...


Tempat dia biasa2 je tak de yang menarik sangat la.. Maklumlah pulau kecil dan free duty lak hahahaha.. ni korang ingat apa? haaa teka2?... ini adalah restoran makanan laut.. dibuka waktu malam je.. siang tutup siap letak no entry lg tu...


Bergambar sakan depan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan... Haaaa time ni aku mmg timbun giler.. terlalu timbun kan?... Sini kami menginap di Apartment... BETA APARTMENT.. cantik sangat tp tu la lupa lak nak ambik pic dlm apartment tu huhuuhu... Sewa kereta kat labuan amat murah.. bole bajet la... n bnyk org minyak kat sini.. bkn org minyak yg itam likat tu ye.. orang minyak yang kerja cari minyak tgh laut tu hehehehe


Aku benci kat benda2 besi karat ni.. gara2 dia ni la aku ada rekod pesakit luar kat labuan tu huhuhuhu... kaki aku tersadung dan luka... Darah bnyk giler time ni... tak pasal2 kaki berbalut time percutian... adeiiii tension tul... 


Permandangan dari atas koridor apartment aku menginap.. cantik tak? 

Padang Indonesia 2008

Kali ni aku nak bawa korang semua melawat ke luar negara pulak... Cer teka kat mana?


Haaaa dapat teka tak? tempat ni sempit giler.. nak jalan asyik nak guna hon je huhuhuhu.. inilah dia Bandar Padang Indonesia.. First tempat aku lawat untuk ke luar negara.. Siannye aku kan... so inilah situasi Bandar Padang sebenarnya huhuhu sangat sempit.. dan naif...




Universitas Negeri Padang.. kat sinilah aku ngan beberapa kawan dan student akan melapak2kan diri untuk beberapa ari di sini.. Syukur alhamdullillah tempat dia agak boleh tahan la.. Al maklumlah hostel kampuskan.. mana la cantik cam 5 star hotel... makan dia so far so good la.. hari pertama je buat spoil sikit sbb time aku nak minum air yang disediakan oleh pihak kampus... terjumpa la satu makhluk dalam air minum aku... JENTIK2... nasib baik tak sempat minum... eeeee yekkkk...
Ini bas dorang hehehehe cantik tak?
Ini hari pertama kami.. student padang bawa la kami naik teksi dorang yang canggih manggih ni.. kalau ada ruang sebelah peha lagi pun dia suruh kita duduk untuk penuhkan ruang dlm ni... Dah macam sadin aku rasa.. lebih2 aku yg berbadan XXXL ni.. lemas beb.. kalau dorang buka radio mak aiiii leh pekak telinga.. tambang dia murah gila.. tanya bunyi ribu2 je tapi bila tuka duit malaysia baru sen hahahahaha...


haaaaa lepas turun tu kena la jalan kaki nak pergi mana2... masa ni lepas suping beli kasut.. kasut ku putus ditgh2 org ramai.. hampess tul... so ni nak gi beli jagung bakar n minum2 tepi laut... 


Taraaaa dah sampai ke gerai2 jagung bakar... Jagung bakar mmg terkenal kat area padang ni.. semua tempat ada jual... sepanjang pantai dorang meniaga buka gerai kecil2lan... harga mmg murah hehehe... kalau nak makan jagung bakar yang sedap mmg de bomb boleh la pergi ke Jambatan Siti NurBaya.. Mmg best giler jagung dia sambil minum air teh dlm botol... tapi jaga2 situ ramai sangat pengemis kanak2... aku buat bodo je ngan dorang.. maklumlah duit semua besar2 blm tukar lagi mau tak kaya dorang karang hahahahaha (edisi kedekut)...
Cantik tak tempat ni.. sorry la aku dah lupa nama dia.. maklumlah dah bertahun lamanya (2008)... 
Ni time dinner kat kampus Universitas Negeri Padang... Tgklah muka2 kekenyangan hahahaha.. apa2 pun terbaik lah... sat lg upload lg pic gi Bukit Tinggi pula ye... 


Hehehehe.. on the way ke Bukit Tinggi mmg best sejuk mata memandang....


Permandangan dalam perjalanan.... 


Dah sampai... dengar taklimat dari org sana... 


 Menara jam di Bukit Tinggi


Restoran Rindu Alam ni menghidangkan makanan minang... mmg terbaik la makanan kat sini... dua kali tambah


Ni dah sampai ke Malaysia kat ICCT...  Gambar terakhir dengan pelajar2 tahun 4 Kaunseling sesi akademik 2007/2008.. Entah kemana la dorang sekarang lepas abis belajar... Rindu pula kat meke ni...