Thursday 6 December 2012

Part IV - Hari Akhir di Beijing

Hari terakhir kami di Beijing. Seperti kebiasaan sblm2 ni.. kami berbreakfast dulu di hotel sebelum check out.. Posing tepi bunga sakura ke apa ni hehehehe.. ala2 la tu.. buat kenang2an sblm balik.. Bas lambat lak pagi tu...


Haaa ni ler jeket aku beli semalam... Hari ni aku dah tak pakai lagi jeket labuh hitam tu... tak larat oooo berat gila jeket tu... so jeket ni ringan je dan panas lg hehehehe...

Setibanya bas kami pun naik dengan hati yang sedih.. yelah lepas ni bila la nak dtg sini lg.. mmg best sangat...

zoom in gambar2 dlm perjalanan balik kami ke International Airport Beijing...











Hari ni kami lunch agak awal sedikit.. maklumlah takut terlepas flight pulak.. so restoran ni adalah yg terakhir kami merasa masakan cina muslim di sini...



Ish2 duit kita di tampal2nye buat hiasan.. tak patut...

sebelum naik bas tu.. sempat lagi suping kacang2 untuk di bawa balik ke Malaysia.. pelbagai jenis kacang ada.. zoom in



lepas suping kacang... persiapan untuk naik bas dan menuju ke Airport... 



yeaaaaaaaaa kami dah sampai airport.... gembira nak balik Malaysia tp dlm hati huhuhuhu selamat tinggal Beijing....





Time untuk terbang.... mana ni kami menunggu sejam lebih untuk menaiki bas ke kapal terbang... penat pinggul... kami mengerjakan solat dekat ruang legar airport ni je sbb tak de surau.. so jadi perhatian la kami.. ada yang siap ambik gambar kami masa solat dan tgk beramai2 kami solat.. dah mcm buat pertunjukan dah pulak time tu huhuhuhuhu....



Dah naik kapal terbang adoiii delay pulak berjam2 dlam flight tu... nasib la dapat identify kapal terbang tu.. baru jalan sikit baru dpt tahu rosak... nasib blm terbang lagi... kalau tak mau.. ish takmo ingat hahahahaha... kami sampai di Malaysia jam 11pm lebih.. aduh penat gila... apa2 pun thanks to encik zali/en. zainol/student kaunseling tahun akhir dan kak muna kerna telah bersama2 mengembara bersama kembara ixora hehehe... THE END 

Beijing Part III


BEIJING PART III

Hari ke tiga kami di Beijing China.. Aktiviti biasa kami adalah breakfast di Hotel.. Menu yang sama dengan sebelum ni.. Nasi goreng cina/roti/sosej/pau/bubur dll... Hai kalau cam ni lah naik jemu kalau duduk lama2 kat hotel ni... tp nasib baik esoknya dah nak balik.. Selepas breakfast kami semua menuju ke bas untuk menuju ke destinasi berikutnya... Kami telah di bawa ke Beijing University.... Kawasan Universiti ni agak besar dan terjaga keselamatan pekerja dan pelajarnya.. pak guardnye mmg tak bagi langsung kami masuk untuk melawat.. so kami just bergambar di dpn Universiti tu je pun jadilahhhhhhh...


Amacam cun tak kami hehehe.. siap letak banner lagi tu.. cer cari aku kat celah mana... kalau dapat cari aku belanja durian crepe satu... Ok sambung balik cerita kembara ixora aku ni... selepas berposing2 dpn Universiti tu.. Kami meneruskan perjalanan ke Pusat Rawatan Cina.. Kat sini aku ngan kak muna hampir2 menjadi mangsa paksaan dorang untuk membeli produk2 dorang.. kata yang aku ni sakit jantung la.. kak muna pulak, meka kata banyak racun dalam badan la.. apa daaaaaaa pastu paksa2 kami beli barang.. harga mahal dekat seribu.. gila tak gila mereka ni.. tp akhirnya mereka yang ada niat nak menipu akhirnya tertipu dengan kami... pelbagai helah aku dan kak muna bagi.. akhirnya kami terlepas hahahahahaha... sesapa nak dtg tempat ni kena la berhati2 ye.. ok kat bwh ni ada gambar tempat ni....



Ok lepas melawat tempat perubatan cina tu.. kami di bawa pula ke tempat kristal vs jade... aku pun tak paham nape masih lagi gi kedai2 jual benda yg sama... sedangkan smlm dah gi ke kilang kristal dan jade.... Dah la tokey tempat tu muka cam kumpulan seludup je ala2 muka ketua samseng huhuhuhu tatoooooot.. tp dia pandai buat cerita lawak hahahaha gelak terpaksa je.. cerita dia mmg sama dari zaman kaduk ke zaman katak hahahahahaha cite nipu je... dari aku dengar cerita merapu dia.. aku dan kak muna keluar dari kawasan yang agak memboringkan tu untuk bersiar2... Di kawasan luar kedai tokey samseng tu.. Ada jual cenderamata... yeahhhh dpt aku beli cenderamata untuk kawan2 kat Malaysia.. aku borang semua.. hah ambik ko penuh tangan aku borong hehehehehe... 



Selepas tamat upacara menipiskan duit... aku dan student2 kaunseling bergambar di hadapan The Bird Nest (Stadium Sarang Burung).. Stadium ni di gunakan pada sukan Olimpik tahun 2008.. Ok jom zoom in.....





Hehehehe aksi terbang ni aku suka sangat buat time nih...... 

Kubus Air (Water CUbe), iaitu Pusat Renang Negara yang terletak di sebelah barat Sarang Burung merupakan tempat diadakan pertandingan renang dan junam Sukan Olimpik. Kedua-duanya stadium ini telah dibuka kepada pelancong selepas Sukan Olimpik berakhir... sorry pic tak ada sbb tak sempat nak snap hehehehe...

Selepas itu kami di bawa sekali lagi makan di restoran halal yang mula2 kami kunjungi pada hari pertama.. apa lagi santap ler.. tak pandang kiri kanan dah.. nyummmm2 sedap gila.. selepas itu kami di bawa ke masjid yang mula2 kami sampai di Beijing untuk solat zohor dan asar.... Selepas settle semua.... kami di bawa ke kilang menjual peralatan dapur.. Macam2 ada.. demo di adakan untuk membuktikan barang yang mereka jual tu berkualiti dan tahan lasak... akhirnya aku terpedaya juga dan beli satu pisau untuk abg ipar aku hehehehe... aku ada beli buah strawberry kongsi dgn kak muna.. besar2 dan manis gila buah strawberry tu.. teringat lg rasa dia...



Haaa ni aktiviti suping yang terakhir buat kami di bumi China nih (Silk Street)... hahahahaha kat sinilah aku abis beratus2 beli barang.. aku beli 3 hp tp made in china la kan... nokia dan iphone4... aku beli jaket musim sejuk berbulu hahaha dpt murah beb.. RM50 duit malaysia... kalau kat sini dah beratus harga baju tu.. Aku saje beli sebb manalah tahu tahun hadapan aku nak gi jalan oversea time sejuk lagi... tak yah la aku beli baru.. semua aku beli siap kat Beijing... murah gila hahahahaha... puas ati duit abis ekkkkkk.. Dekat sini kena hati2 sikit tangan.. jgan main sentuh suka2 hati barang tu.. kalau dah sentuh atau bertanya harga haaaaaa dorang akan paksa ko beli gak barang yang di jual... kat sini kena pandai tawar menawar beb... korang bertekaklah dengan dorang dgn harga yg korang nak... insyaallah akan dpt hahahaha... iphone4 tu, ada student aku leh dpt RM50 duit Malaysia hehehe.. tp kena la tahan telinga dengar maki2 dorang.. tp bila kita blah dorang akan panggil kita semula dan ajak berbincang harga.. dan akhirnya barang tu menjadi hak kita......


Kami di bawa pula makan malam di sebuah restoran yang agak best dan lauk pauk yang sedap2 berlaka.. apa lg ngappppppppp time..... Ini adalah dinner terakhir kami di Beijing...





Alhamdullillah kenyang sudah... bila dah kenyang mata pula startlah mengantuk.. Badan pulak dah penat.. Ish bila la nak balik nak tido nihhhh... Jumpa di Beijing Part IV pulak ye.. Hari terakhir di Beijing.....





Saturday 1 December 2012

BEIJING CHINA PART II


Morning semua hehehe ok kita teruskan kembara ixora untuk hari ke dua... Macam biasa kita kena breakfast dulu sebelum memulakan perjalanan kita.... Breakfast kat sini macam biasa je dekat Malaysia.. Nasi goreng cina/roti/sosej dll la... lepas je makan kami semua di bawa jalan2 oleh tourist guard ke jenggggg jengggg jenggggg 



kita ke kilang jed hehehehe harga2 kat sini agak berpatutan gak la.. tapi aku tak la suping sangat kat sini... risau duit tak cukup lak karang... hari ni banyak tempat dia nak bawa kami pusing2... kang semua berkenan tak ada balance nak beli cenderamata untuk kengkawan di Malaysia...


Haa sbb kami tak bersuping.. aku dan kak muna terus keluar dan bergambar hehehehe... comey pulak si singa ni kan?


Korang nak tahu.. bas dorang ni selalu buat aku confused je.. selalau pintu bas belah kiri... bas mereka ni belah kanan... aku selalu je tunggu belah kiri hahahaha mmg tak akan kena buka la kan... so sementara tunggu lelain bersuping.. aku pun posing sikit la kat sini.. buat kenang2an naik bas china nih...


Kita teruskan perjalanan kita ke kilang kristal pula.. see cantik tak permandangan kat sini... teruja gila aku hehehehe... mentang2 duduk dpn asyik tekan punat dslr aku je.. klik klik klik hehehe 


Dekat kilang kristal ni dorang tidak benarkan ambik gambar dekat dalam tu.. so kami pun lepas melawat buat aktiviti sendiri la.. apa lagi posing time hehehehe masa ni angin kuat gila huhuhuhu sejuk sangat2


Ok selepas di bawa ke tempat2 suping.. Akhirnya kami sampai ke tempat yang kami nanti-nantikan main ski hehehe best ooooo... Nama tempat ni aku dah lupa la pulak tp mmg best la.. aku paling takut nak main.. takut jatuh je sebab licin.. gerak sikit2 pastu aku blah hahahaha... angin dekat bukit ni memang sejuk gila... kuat lak tu... rasa nak tumbang dah.. sudah la tempat tu licin.. angin kuat lg.. jaket aku dah la berat adeiiiiii tak leh nak imbang badan dah time tu...


Selepas penat bermain salji.. kami di bawa ke sebuah restoran yang agak popular dekat situ... besar dan makanan dia mmg sedap gila hehehehe.. laparkan semua sedap... kami solat dekat surau restoran tu gak.. tp tu lah aku lupa lak nak bergambar kat restoran tu...
Kita teruskan perjalanan kita ke.....


Haaa cer teka kat mana nih? Yup Great Wall hehehe.. Alhamdullillah selalu tengok dalam internet dalam filem.. akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki kat sini.. so jom zoom in gambar2 aku dan kengkawan dekat tembok besar cina nih.........








Dah penat bergambar dan mendaki tangga2 tembok cina nih.. kami teruskan perjalanan ke Kilang Teh cina... Kat sini kami diberi minum free.. tp aku sorang je tak minum al maklumlah aku tak leh minum teh atas sebab2 tertentu huhuhuhuhu...






Best gila kat sini... happy je budak2 ni bila dah dpat minum teh free.. Lepas minum kita makan pulak.. jom dinner


Ni la restoran kami untuk dinner tu.. Dalam ni amat menarik.. bertingkat2 tau.. makanan mmg best.. Hahahaha perasan tak semua makanan kat sini aku kata best.. Dah mmg best nak wat cam ne kan?.. Pic tak dpat di upload sbb gambar semua blur dan tak sedap mata memandang... agak terkilan jugaklah.. tak dpt nak tunjuk makanan yang best tu... I'AM SORRY...



Lepas je makan kita pulang ke Hotel semula.. zzzzzzzzzzzzzzzz penat
Jumpa lagi di Part III