Thursday, 6 December 2012

Beijing Part III


BEIJING PART III

Hari ke tiga kami di Beijing China.. Aktiviti biasa kami adalah breakfast di Hotel.. Menu yang sama dengan sebelum ni.. Nasi goreng cina/roti/sosej/pau/bubur dll... Hai kalau cam ni lah naik jemu kalau duduk lama2 kat hotel ni... tp nasib baik esoknya dah nak balik.. Selepas breakfast kami semua menuju ke bas untuk menuju ke destinasi berikutnya... Kami telah di bawa ke Beijing University.... Kawasan Universiti ni agak besar dan terjaga keselamatan pekerja dan pelajarnya.. pak guardnye mmg tak bagi langsung kami masuk untuk melawat.. so kami just bergambar di dpn Universiti tu je pun jadilahhhhhhh...


Amacam cun tak kami hehehe.. siap letak banner lagi tu.. cer cari aku kat celah mana... kalau dapat cari aku belanja durian crepe satu... Ok sambung balik cerita kembara ixora aku ni... selepas berposing2 dpn Universiti tu.. Kami meneruskan perjalanan ke Pusat Rawatan Cina.. Kat sini aku ngan kak muna hampir2 menjadi mangsa paksaan dorang untuk membeli produk2 dorang.. kata yang aku ni sakit jantung la.. kak muna pulak, meka kata banyak racun dalam badan la.. apa daaaaaaa pastu paksa2 kami beli barang.. harga mahal dekat seribu.. gila tak gila mereka ni.. tp akhirnya mereka yang ada niat nak menipu akhirnya tertipu dengan kami... pelbagai helah aku dan kak muna bagi.. akhirnya kami terlepas hahahahahaha... sesapa nak dtg tempat ni kena la berhati2 ye.. ok kat bwh ni ada gambar tempat ni....



Ok lepas melawat tempat perubatan cina tu.. kami di bawa pula ke tempat kristal vs jade... aku pun tak paham nape masih lagi gi kedai2 jual benda yg sama... sedangkan smlm dah gi ke kilang kristal dan jade.... Dah la tokey tempat tu muka cam kumpulan seludup je ala2 muka ketua samseng huhuhuhu tatoooooot.. tp dia pandai buat cerita lawak hahahaha gelak terpaksa je.. cerita dia mmg sama dari zaman kaduk ke zaman katak hahahahahaha cite nipu je... dari aku dengar cerita merapu dia.. aku dan kak muna keluar dari kawasan yang agak memboringkan tu untuk bersiar2... Di kawasan luar kedai tokey samseng tu.. Ada jual cenderamata... yeahhhh dpt aku beli cenderamata untuk kawan2 kat Malaysia.. aku borang semua.. hah ambik ko penuh tangan aku borong hehehehehe... 



Selepas tamat upacara menipiskan duit... aku dan student2 kaunseling bergambar di hadapan The Bird Nest (Stadium Sarang Burung).. Stadium ni di gunakan pada sukan Olimpik tahun 2008.. Ok jom zoom in.....





Hehehehe aksi terbang ni aku suka sangat buat time nih...... 

Kubus Air (Water CUbe), iaitu Pusat Renang Negara yang terletak di sebelah barat Sarang Burung merupakan tempat diadakan pertandingan renang dan junam Sukan Olimpik. Kedua-duanya stadium ini telah dibuka kepada pelancong selepas Sukan Olimpik berakhir... sorry pic tak ada sbb tak sempat nak snap hehehehe...

Selepas itu kami di bawa sekali lagi makan di restoran halal yang mula2 kami kunjungi pada hari pertama.. apa lagi santap ler.. tak pandang kiri kanan dah.. nyummmm2 sedap gila.. selepas itu kami di bawa ke masjid yang mula2 kami sampai di Beijing untuk solat zohor dan asar.... Selepas settle semua.... kami di bawa ke kilang menjual peralatan dapur.. Macam2 ada.. demo di adakan untuk membuktikan barang yang mereka jual tu berkualiti dan tahan lasak... akhirnya aku terpedaya juga dan beli satu pisau untuk abg ipar aku hehehehe... aku ada beli buah strawberry kongsi dgn kak muna.. besar2 dan manis gila buah strawberry tu.. teringat lg rasa dia...



Haaa ni aktiviti suping yang terakhir buat kami di bumi China nih (Silk Street)... hahahahaha kat sinilah aku abis beratus2 beli barang.. aku beli 3 hp tp made in china la kan... nokia dan iphone4... aku beli jaket musim sejuk berbulu hahaha dpt murah beb.. RM50 duit malaysia... kalau kat sini dah beratus harga baju tu.. Aku saje beli sebb manalah tahu tahun hadapan aku nak gi jalan oversea time sejuk lagi... tak yah la aku beli baru.. semua aku beli siap kat Beijing... murah gila hahahahaha... puas ati duit abis ekkkkkk.. Dekat sini kena hati2 sikit tangan.. jgan main sentuh suka2 hati barang tu.. kalau dah sentuh atau bertanya harga haaaaaa dorang akan paksa ko beli gak barang yang di jual... kat sini kena pandai tawar menawar beb... korang bertekaklah dengan dorang dgn harga yg korang nak... insyaallah akan dpt hahahaha... iphone4 tu, ada student aku leh dpt RM50 duit Malaysia hehehe.. tp kena la tahan telinga dengar maki2 dorang.. tp bila kita blah dorang akan panggil kita semula dan ajak berbincang harga.. dan akhirnya barang tu menjadi hak kita......


Kami di bawa pula makan malam di sebuah restoran yang agak best dan lauk pauk yang sedap2 berlaka.. apa lg ngappppppppp time..... Ini adalah dinner terakhir kami di Beijing...





Alhamdullillah kenyang sudah... bila dah kenyang mata pula startlah mengantuk.. Badan pulak dah penat.. Ish bila la nak balik nak tido nihhhh... Jumpa di Beijing Part IV pulak ye.. Hari terakhir di Beijing.....





No comments:

Post a Comment