Wachaaaa haaa... kali ni kita nak ke Oversea gak tp dekat je tau.... SINGAPORE
Kali ni aku dan kengkawan travel menggunakan kereta je ke sana atas sebab2 nak bajet hehehehe... Kami bertolak dari Nilai ke Johor selepas waktu kerja iaitu jam 6 petang...
So sampai je ke Johor Bahru dalam jam 1 pagi.. Agak lewat sikit gara2 hujan yang agak lebat... so banyak la tempat yang kena berenti dulu... take a break
So ke esokkan harinya kami bangun seawal pagi untuk bertolak ke Singapore menaiki teksi ke perhentian bas... Sampai je sana kami terus ke kastam malaysia dulu untuk urusan passport... selesai kami pun berlari2 menuju ke bas untuk ke destinasi yang kami nak pergi iaitu:
Universal Studio Singapore
Ini station bus singapore yang ingin ke Pulau Sentosa.. 963R ni la nak ke Pulau Sentosa.. USS ni dekat pulau sentosa... Perjalanan menggunakan bas ni mengambil masa 30 minit sahaja kalau tak jem hehehehe
Muka ada senyum punye hehehe weeeeeeeeeeee kami dah sampai ke USS.. mcm dalam mimpi je dah jejak kaki kat sana... dup dap dup dap cam mana la rupa USS ni kat dalam dia ekkkk....
Ini semua tempat2 kami lawati.. banyak lagi ni tp ni je dpt di upload.... Tempat ni besar gila bnyk tmpt aku tak dpt nak masuk... so sematkan dalam hati nak pergi lagi untuk tahun hadapan kalau ada rezeki... Tak kira nak gak pergi USS
Ini yang kali ke dua aku datang ke Singapore.. tapi kali ni bkn datang naik bas... Kali ni aku datang naik flight hehehehe.. Alhamdullillah wish aku trmkbul hehehe dpt aku datang untuk kali ke dua....
Taraaaa saya datang lagi untuk tahun 2012 pula.. kali ni aku datang dengan dua orang bos aku dan kak ros... kali ni berbeza sikit.. sbb dulu datang time slim sikit tp skrg dah timbun balik hahahahahaha...
Wajah happy je deme ni.. hehehe cuaca amat baik ari tu.. ramai pulak orang kali ni.. laaa rupanya aku gi time cuti sekolah.. abis laaaaa
Kak ros pantang nampak kereta bumble bee terus dia bergambar... Masa tahun lepas transformers ni tak ada.. so agak teruja la aku ngan kengkawan nak masuk...
Kali ke dua ni kami masuk dari pagi dan balik malam... gila tak gila kami berjalan tanpa berhenti hehehehe rasa kurus dah time ni.. lebih dari seribu langkah dah ni.... Ada lagi yang belum dpt masuk atas sbb orang terlalu ramai... nak masuk satu tempat kena ambik masa lama untuk beratur... so di nasihatkan kalau nak ke USS jangan pergi time cuti sekolah huhuhuhu mmg membuang masa untuk beratur je.... adakah ada ruang untuk melawat kali ke 3 hehehehe... InsyaALLAH tahun hadapan 2013
No comments:
Post a Comment